PRODUK & PERKHIDMATAN KOPERASI
PUSAT DIALISIS AR RAHMAN
Pusat Dialisis Ar Rahman (PDAR) merupakan pusat dialisis yang PERTAMA beroperasi di Daerah Bachok. Memulakan operasi pada bulan November 2016 dengan kapasiti mesin 5-unit non-hepatitis dan 14 orang pesakit. Waktu operasi pada hari Sabtu hingga Khamis bermula jam 7:00 pagi sehingga 9:00 malam.
PDAR adalah milik penuh We-1 Medic Sdn Bhd yang mana merupakan anak syarikat kepada Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad. PDAR menyediakan perkhidmatan dialisis kepada pesakit kegagalan buah pinggang peringkat akhir khususnya bagi pesakit yang berada di sekitar Bachok. Sehingga kini, jumlah pesakit yang sedang menjalani rawatan di PDAR telah memenuhi kapasiti maksima iaitu 72 pesakit. Dalam masa yang sama, PDAR telah membuat permohonan bagi perluasan menambah mesin dialysis daripada 12 unit kepada 14 unit.
Selain rawatan dialisis dan pemeriksaan perubatan yang dijadualkan dari doktor dan nefrologi, PDAR juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai. Ini termasuk kelas pengajian Al-Quran, makanan percuma, panduan kaunseling dan nutrisi
PUSAT JAHITAN MAMAPRIDE
Pada Mac 2021, Koperasi Amal Medik Malaysia Berhad telah menerima Geran Bantuan Pembangunan Koperasi bagi tujuan penubuhan sebuah kilang jahit yang berjumlah RM180,000.00.
Pada November 2021, Pusat Jahitan Mamapride memulakan operasi dengan 1 orang penyelia jahit dan 2 orang tukang jahit di Lot 745, Kompleks Perniagaan Beris Kubur Besar, 16300 Bachok, Kelantan. Sehingga kini, PJM mempunyai seorang Ketua Projek, seorang Penyelia Jahit dan 3 orang Tukang Jahit.
Pusat Jahitan Mamapride memfokuskan perkhidmatan jahitan secara pukal.